~~Selamat Datang Ke Blog Pertama~~
Facebook Fan Page
Assalamuaaikum. Terlebih dahulu sy mengucapkan ribuan terima kasih kpd pengunjung blog ini. Sy buat blog nie sebab sy nak mengasah bakat. Sy yg buat blog nie.
Lawak Kampus (Jilid 22)
Nanti akan ada edisi 'Lawak Kampus' Jilid yg terbaru akan datang. So, sy akan upload gambar jilid 20 dan kalau nak download Lawak Kampus Jilid 21 <--- Klik sini
Sorry, sy tak dapat upload yg seterusnya sebab masalah internet. Nanti jenguk la fb Fan Page sy buat skarang nie. Nanti kalau ada apa2 nak bagi idea lebih boleh la komen dekat blog atau di Facebook, Assalamualaikum. Dan jangan lupa baca komik lawak kingdom jilid terkini
Watak Karakter Lawak Kampus
Vanness} (admin) {Froggy
Vanness - Vanness adalah seorang watak utama dalam siri Lawak Kampus dan merupakan seorang pelajar yang paling nakal di sekolah. Dia adalah kawan baik Aditas dan kadang-kadang, mereka akan membuat perangai bersama-sama.
Perwatakan
Vanness merupakan seorang pelajar yang paling nakal dan malas di sekolahnya. Dia suka membazirkan masa dengan tidur di kelasCikgu Noodle atau pada waktu cuti sekolah, melayari FB dan bermain "Monster Hunt" di PSP-nya bersama-sama dengan Aditas. Walaupun dia tidak begitu pandai, tetapi dia pandai menyaturkan strategi dalam meniru masa ujian, mendapatkan iPhone atau permainan yang baru.Dia tidak begitu suka dekat Xena dan akan sentiasa melarikan diri daripadanya. Berasa rajin atau bersemangat apabila melihat Xena. Selain daripada Aditas, George juga merupakan kawan baik Vanness dan akan membantunya dalam apa-apa masalah.Vanness juga adalah seorang yang baik hati kadang-kadang. Dia membantu rakan-rakannya walaupun cara bantuannya adalah cara yang malas atau tidak masuk akal langsung.
Penampilan
Vanness mempunyai rambut keperang-perangan, memakai gogal oren di kepalanya dan plaster empat segi yang kecil di bahagian kiri mukanya. Dia biasanya memakai baju seragam sekolah menengah, iaitu baju berkolar putih, berseluar hijau tua, sepasang stokin dan kasut putih.Di rumah atau semasa tidur, dia memakai t-shirt berwarna putih dan berseluar hitam.
Trivia
- Walaupun dia adalah seorang watak utama dalam siri Lawak Kampus, keluarganya tidak pernah disebut atau dilihat.
- Vanness mempunyai kebolehan untuk memahami bahasa monyet.
- Itulah sebabnya dia boleh berkomunikasi dengan George dan rakan-rakan George.
- Rambutnya mempunyai kebolehan untuk bertukar menjadi klon Vanness apabila dicabut dan ditiup dari tangannya.
- Kebolehan ini adalah sama seperti salah satu watak dari The Journey to the West, iaitu Monkey King.
- Tatik ini hanya digunakan semasa dikejar oleh Xena shj.
- Dia pernah bermesra dengan Xena dalam Jilid 13.
Aditas - Aditas adalah seorang pelajar yang aktif dalam semua sukan di sekolah dan merupakan kawan baik Vanness sejak daripada permulaan awal siri Lawak Kampus. Dia mempunyai seekor kura-kura sebagai haiwan peliharaannya.
Perwatakan
Aditas merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan dan adalah atlet Sekolah Menengah Lawak Kampus. Kerana terpengaruh dengan sikap Vanness yang nakal, dia juga merupakan seorang pelajar yang nakal di sekolah, tetapi dengan lebih teruk lagi. Kadang-kadang, dia membuat bisnes menjual barang peribadi Vanness dengan Xena untuk mendapatkan keuntungan. Dia saling menolong rakan-rakannya tetapi dengan menggunakan cara yang kotor.
Trivia
Aditas mempunyai seorang abang yang sudah uzur tetapi masih aktif.Dia dan abangnya adalah golongan yang miskin.Aditas pernah memiliki rambut yang tebal tetapi Vanness dan Froggy tidak mengecamnya kerana sudah kebiasaan dengan dia botak.Dalam siri awal Lawak Kampus, dia mempunyai banyak kura-kura sehingga dia mesti meminta bantuan Vanness untuk mengingatkan nama kura-kura tersebut. Sekarang, dia mempunyai seekor kura-kura sahaja.
Froggy - Froggy adalah seekor katak hijau yang baik hati, paling pintar di sekolah dan berada dalam golongan orang kaya. Ramai cikgu suka kepintarannya termasuklah kawan-kawannya sekali (itulah sebabnya npew mereka selalu cuba untuk meniru Froggy dalam peperiksaan). Kadang-kadang, Froggy juga bersikap nakal akibat terpengaruh dengan sikap Vanness walaupun dia adalah seorang yang baik hati.Dia mempunyai kebolehan untuk melihat dan berkomunikasi dengan hantu di mana-mana sahaja dia berada. Dengan kebolehan itu, dia boleh memberitahu apa-apa perkara yang akan berlaku pada masa depan.
Penampilan
Froggy adalah seekor katak hijau. Dia mempunyai sepasang mata yang besar, dua titik bujur berwarna hitam di tengah mukanya dan lidah yang agak panjang. Froggy selalu dilihat memakai baju seragam sekolah.
Trivia
~ Tom Cool and Tony Stuck adalah dua ahli keluarga Froggy yang ditunjukkan dalam Lawak Kampus dan Lawak Kingdom.
~ Pelbagai perkara yang pelik dibuat oleh rakan-rakannya terhadap Froggy kerana dengan penampilannya sebagai seekor katak.
~ Contoh, Cikgu Noodle memasuki Froggy dalam acara lompat jauh dengan alasan dia nampak handal dalam acara tersebut (Katak sebenar boleh melompat jauh).
~ Vanness dan Aditas pernah meminta duit raya daripada haiwan peliharaan Froggy, iaitu seekor katak, memikirkan itu adalah ayah Froggy.
~ Wajah Froggy semasa kecil boleh dilihat dalam Jilid 16.
~ Dalam siri Lawak Kampus yang lepas, Froggy kadang-kala digantikan oleh orang gajinya untuk keselamatannya.
~ Froggy juga manusia tetapi ia tidak ditunjukkan muka dalam komik





